Selain menjual emas, blog ini juga bertujuan untuk berkongsi info tentang jenis2 emas yang terdapat di pasaran..Semoga blog ini dapat memberi sesuatu yang bermanfaat untuk kita bersama...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"ALLAH MENJADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI ; EMAS DAN PERAK, UNTUK DIJADIKAN PENGUKUR KEPADA BARANG-BARANG DAGANGAN. LOGAM-LOGAM INI JUGA SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANG-BARANG DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, IA AKHIRNYA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. INI ADALAH KERANA KESEMUA BARANG DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun, Al-Muqaddimah

Graf kenaikan harga emas dalam tempoh 10 tahun

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS? KERANA KENAIKAN EMAS SEIRING DENGAN KENAIKAN HARGA BARANGAN (ANTI-INFLATION)...SELAMATKAN NILAI SIMPANAN ANDA DARI MENJADI MANGSA "ROMPAKAN" INFLASI DENGAN MENUKARKAN SIMPANAN ANDA DARI DUIT KERTAS (FIAT MONEY) KEPADA SIMPANAN EMAS DAN PERAK.. BAGAIMANA KALAU ANDA MULA MENYIMPAN EMAS SEJAK DARI DULU LAGI?? ANDA SENDIRI TENTU TAHU JAWAPANYA... DI SAMPING DAPAT MENGELAKKAN RIBA YANG ADA PADA WANG KERTAS, PENGGUNAAN MATAWANG DINAR & DIRHAM JUGA PERLU DIKEMBALIKAN KERANA IA ADALAH SATU AMALAN SUNNAH YANG TELAH LAMA DITINGGALKAN...

Wednesday, April 28, 2010

Institusi bank & Riba

Kata Dr Yusuf Al-Qaradawi - “.... Ada yang mengatakan bahawa bank menggunakan harta-hartanya yang disimpan dalam perniagaan, perkilangan dan juga projek-projek pelaburan. Tetapi pada hakikatnya ini semua tidak dapat diterima. Jika kita ikuti lapuran belanjawan, bank-bank tersebut sebenarnya berniaga dengan hutang, pinjaman dan juga insurans. Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaa. Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamatnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang memakan dan yang diberi makan (maksudnya bank hidup seperti parasit dengan tidak tahu berusaha sendiri untuk hidup, tetapi berusaha menghisap darah dan memerah titik peluh orang lain untuk hidup, dan kemudiannya memusnahkan mereka yang bekerja untuk memberinya kehidupan)…”; - Dr Yusuf Al-Qaradawi, Tipu Daya Halalkan Riba atau Fawa’id al-bunuk hiya al-riba al-haram (p.24), Penerbitan As-Syabab Media,Terbitan 1997

credit to http://nubexblog.blogspot.com/ (saudara faizal)